awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa

Bernama
Bernama
22/04/2017
09:36 MYT
'Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa
Ismail Sabri ketika melawat Pameran Usahawan sempena Karnival Usahawan Parlimen Lenggong 2017 hari ini. - Bernama
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mewujudkan pusat jualan atau 'Premium Outlet' di setiap daerah dalam usaha membantu usahawan desa memasarkan produk mereka, sekali gus meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pusat tersebut akan dibuka di beberapa tempat strategik termasuk di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang akan dikenal pasti selain di arked-arked Mara.
"Ia akan dijadikan pusat jualan dan pemasaran yang akan membantu usahawan desa menjual produk mereka seperti makanan dan kraftangan.
"Banyak produk usahawan desa yang terkenal termasuk yang tidak ada di tempat lain namun gagal menembusi pasar raya tetapi melalui 'Premium Outlet' ini kita dapat membantu mereka pasarkan supaya ia dikenali," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Usahawan Parlimen Lenggong di sini pada Ahad.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang empat hari karnival termasuk dialog usahawan, pameran dan jualan serta khidmat kaunter daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
Menurut Ismail Sabri, selain pemasaran produk, pihaknya juga akan membantu usahawan desa daripada aspek pembungkusan supaya produk mereka mampu menarik pembeli.
Beliau berkata pihaknya juga akan berunding dengan Felcra dan Risda untuk memberi peluang kepada usahawan desa memasarkan produk mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#MARA
#Premium Outlet
#Pusat Transformasi Luar Bandar RTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan