awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Afrika Selatan akhiri lawatan rasmi ke Malaysia

Bernama
Bernama
27/10/2025
14:45 MYT
Presiden Afrika Selatan akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Ini lawatan rasmi pertama Ramaphosa ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Februari 2018. - Gambar Bernama
SEPANG: Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa berlepas pulang malam ini selepas mengakhiri lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia.
Beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 malam selepas upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Hadir bagi mengucapkan selamat jalan ialah Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Ramaphosa yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan sebagai Tetamu Pengerusi, berada di Malaysia atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Presiden pada Februari 2018.
Sepanjang lawatan rasmi berkenaan, Ramaphosa dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Malaya (UM) sebagai pengiktirafan terhadap komitmen beliau dalam memperjuangkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan diplomasi global.
Dalam syarahan awam, Ramaphosa menyifatkan penderitaan rakyat Gaza yang sekian lama ditindas dan dinafikan hak merupakan satu genosid.
Beliau turut menyentuh mengenai hubungan erat Malaysia-Afrika Selatan dan menggambarkannya sebagai "solidariti berprinsip" yang terus mengemudi kerjasama dalam pelbagai bidang.
Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 30 pemimpin dunia, termasuk dari rantau ASEAN serta Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Brazil, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama sambil menangani isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#lawatan rasmi
#isu serantau
#hubungan erat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan