awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina Marcos sahkan rang undang-undang segera benarkan penggantungan, pengurangan cukai bahan api

Bernama
Bernama
12/03/2026
12:47 MYT
Presiden Filipina Marcos sahkan rang undang-undang segera benarkan penggantungan, pengurangan cukai bahan api
Langkah yang diumumkan Marcos itu dibuat ketika harga bahan api di Filipina meningkat akibat ketidaktentuan pasaran minyak global. - Gambar fail

Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. mengesahkan dengan segera satu rang undang-undang yang memberinya kuasa untuk menggantung sementara atau mengurangkan cukai eksais ke atas produk petroleum ketika kecemasan ekonomi nasional atau global, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Langkah itu dibuat ketika harga bahan api di Filipina meningkat akibat ketidaktentuan pasaran minyak global yang berpunca daripada ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, khususnya kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan laluan bekalan tenaga utama seperti Selat Hormuz, antara laluan penghantaran minyak paling penting di dunia.
Dalam surat kepada Speaker Dewan Perwakilan Faustino “Bojie” Dy III pada Khamis, Marcos mengesahkan dengan segera Rang Undang-Undang 8418 “bagi membolehkan kerajaan bertindak segera terhadap turun naik harga bahan api yang luar biasa serta menstabilkan harga bahan api domestik ketika tempoh gangguan ekonomi yang serius.”
Langkah itu merupakan antara pelan kecemasan yang sedang disediakan kerajaan bagi menangani kenaikan harga bahan api susulan krisis berterusan di Asia Barat.
Marcos turut memberi jaminan kepada orang ramai yang pengurangan cukai eksais yang dirancang itu hanya bersifat sementara.
Pada minggu ini, harga diesel, petrol dan minyak tanah meningkat sekitar PHP10 seliter selepas Iran menyekat sebahagian kawasan di Selat Hormuz, laluan yang dilalui kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia.
--BERNAMA-PNA
Topic Berkaitan
#Iran
#Filipina
#Ferdinand R. Marcos Jr.
#Rang Undang-Undang
#cukai bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan