awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Iran tetapkan syarat untuk tamatkan perang

Bernama
Bernama
12/03/2026
11:28 MYT
Presiden Iran tetapkan syarat untuk tamatkan perang
Pezeshkian berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Rusia dan Pakistan serta menegaskan komitmen Iran terhadap keamanan di rantau itu. - Gambar fail

Presiden Masoud Pezeshkian mengumumkan beberapa syarat untuk menamatkan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atasnya negaranya yang sedang berlangsung, ketika kedua-dua negara itu terus melancarkan serangan udara ke atas infrastruktur penting Iran, orang awam dan monumen bersejarah, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam satu hantaran di akaun X miliknya lewat Rabu, Pezeshkian berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Rusia dan Pakistan serta menegaskan komitmen Iran terhadap keamanan di rantau itu.
“Satu-satunya cara untuk menamatkan perang ini, yang dicetuskan oleh rejim Zionis dan AS ialah dengan mengiktiraf hak sah Iran, pembayaran pampasan, serta jaminan antarabangsa yang kukuh bagi menghalang pencerobohan pada masa hadapan,” katanya.
Presiden Iran itu berkongsi hantaran itu selepas mengadakan perbualan telefon secara berasingan dengan Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Amerika Syarikat dan Israel dilaporkan melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari, yang menurut laporan membawa kepada kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei, beberapa komander tertinggi tentera serta orang awam.
--BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#Iran
#Masoud Pezeshkian
#perang
#Amerika Syarikat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan