awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Kosovo bubar Parlimen selepas Ahli Parlimen gagal pilih ketua negara baharu

Bernama
Bernama
06/03/2026
16:34 MYT
Presiden Kosovo bubar Parlimen selepas Ahli Parlimen gagal pilih ketua negara baharu
Presiden Kosovo, Vjosa Osmani pada Jumaat mengumumkan beliau telah membubarkan Parlimen selepas Ahli Parlimen gagal memilih ketua negara baharu dalam tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan. - Gambar Reuters
Presiden Kosovo, Vjosa Osmani pada Jumaat mengumumkan beliau telah membubarkan Parlimen selepas Ahli Parlimen gagal memilih ketua negara baharu dalam tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap pada sidang media, Osmani berkata, usaha di Parlimen pada lewat Khamis untuk memilih Presiden baharu tidak berjaya.
“Hari ini, selaras dengan Perlembagaan Republik Kosovo, saya telah mengeluarkan keputusan untuk membubarkan Dewan dan melalui keputusan ini saya melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan,” katanya.
Osmani berkata, Ahli Parlimen pada Khamis memutuskan untuk membawa negara itu ke pilihan raya baharu, sambil menambah bahawa situasi itu sebenarnya boleh dielakkan sepenuhnya dan menuduh wakil rakyat gagal mengutamakan kepentingan negara.
Beliau dijangka bertemu pemimpin parti politik dan mengumumkan tarikh pilihan raya umum awal dalam masa terdekat.
Tempoh lima tahun jawatan Presiden Osmani akan berakhir pada 4 April ini.
Menurut Perlembagaan negara itu, Presiden baharu perlu dipilih sebelum 5 Mac, namun parti Perdana Menteri, Albin Kurti, Pergerakan Penentuan Nasib Sendiri (Vetevendosje), gagal meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong calonnya.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Kosovo
#Vjosa Osmani
#bubar parlimen
#ketua negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan