awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden MyPPP Maglin meninggal dunia tengah malam tadi

Bernama
Bernama
17/11/2023
01:15 MYT
Presiden MyPPP Maglin meninggal dunia tengah malam tadi
Mendiang Maglin disifatkan sebagai seorang sahabat yang disenangi ramai, baik hati, prihatin dan suka membantu orang lain.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz, 67, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan MyPPP Datuk Loga Bala Mohan ketika dihubungi Bernama pagi ini.
"Semalam ketika keluar bersama rakannya, dia ada mengadu sakit dada sebelum dibawa ke hospital. Sebelum itu beliau sempat hubungi saya pukul 10.30 malam membincangkan sedikit perkara tentang majlis tertinggi yang akan berlangsung minggu ini dan hal berkaitan parti.
"Kemudian kira-kira 1 pagi saya dapat perkhabaran mengatakan mendiang meninggal dunia tengah malam tadi. Sekarang mendiang masih di hospital untuk urusan pengebumian dan sebagainya," katanya.
Menyifatkan mendiang Maglin sebagai seorang sahabat yang disenangi ramai, Loga yang mengenali mendiang sejak 1997 berkata mendiang juga seorang yang baik hati, prihatin dan suka membantu orang lain.
Maglin dilantik sebagai Presiden baharu MyPPP Mac lalu selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan parti ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-67.
Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 2010.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maglin Dennis D'Cruz
#meninggal dunia
#MyPPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan