awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden persekutuan bola sepak Itali letak jawatan susulan kegagalan ke Piala Dunia

Bernama
Bernama
02/04/2026
16:50 MYT
Presiden persekutuan bola sepak Itali letak jawatan susulan kegagalan ke Piala Dunia
Gravina meninggalkan ibu pejabat FIGC di Rom selepas meletakkan jawatan susulan kegagalan pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia untuk kali ketiga berturut-turut. - Foto AP
Gabriele Gravina telah meletak jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) susulan kegagalan pasukan kebangsaan itu melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Satu kenyataan FIGC pada Khamis memaklumkan bahawa Gravina mengumumkan keputusannya dalam satu mesyuarat peringkat tinggi dan menggesa pemilihan presiden baharu diadakan pada 22 Jun. Beliau memegang jawatan itu sejak 2018.
Itali tewas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan “play-off” menentang Bosnia-Herzegovina pada Selasa, sekali gus terlepas saingan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
Itali, yang merupakan juara dunia sebanyak empat kali, kali terakhir beraksi di kejohanan global itu pada 2014 namun tersingkir di peringkat kumpulan. Pasukan itu gagal melayakkan diri pada edisi 2018 dan 2022.
Dalam pada itu, status Ketua Jurulatih Gennaro Gattuso sama ada akan kekal mengemudi pasukan masih belum jelas. Pemenang Piala Dunia 2006 itu sebelum ini mendapat sokongan Gravina untuk meneruskan tugasnya selepas perlawanan di Zenica.
Gravina didesak untuk meletak jawatan oleh pihak media dan Menteri Sukan Andrea Abodi, yang menggesa rombakan menyeluruh terhadap struktur bola sepak di negara berkenaan, bermula dengan kepimpinan FIGC.
Kenyataan FIGC pada Khamis turut menyebut bahawa Gravina bersedia untuk hadir di hadapan jawatankuasa parlimen minggu depan bagi "melaporkan status semasa bola sepak Itali".
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Gabriele Gravina
#letak jawatan
#Piala Dunia
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan