awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Singapura arah tangguh sementara hukuman mati rakyat Malaysia IQ rendah

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2022
15:23 MYT
Presiden Singapura arah tangguh sementara hukuman mati rakyat Malaysia IQ rendah
Halimah Yacob telah mengarahkan penangguhan sementara pelaksanaan hukuman mati dua lelaki, termasuk seorang rakyat Malaysia yang memiliki tahap IQ rendah. - Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Singapura, Halimah Yacob telah mengarahkan penangguhan sementara pelaksanaan hukuman mati dua lelaki, termasuk seorang rakyat Malaysia yang memiliki tahap IQ rendah, pada Khamis.
Kedua-duanya, yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah, sepatutnya dihukum gantung semalam (Rabu).
Ravi Madasamy, ahli firma guaman yang mengendalikan kes itu, memaklumkan perkembangan itu di Facebook, namun tiada butiran lanjut diberikan.
Pelaksanaan hukuman mati mereka mencetuskan bantahan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.
Kedua-dua mereka menjadi yang pertama dihukum mati di Singapura sejak November 2019.
Pausi Jefridin, seorang rakyat Malaysia, dan Roslan Bakar, warga Singapura dijatuhi hukuman mati pada 2010, dua tahun selepas ditahan.
Peguam dan aktivis hak asasi manusia berkata Pausi mempunyai IQ 67, tahap yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai kecacatan intelek, manakala Roslan berada dalam julat sempadan fungsi intelektual.
Pada 2017, Hakim Mahkamah Rendah mendapati bahawa kedua-duanya telah "mempamerkan kecekapan dan kefahaman" semasa menjalankan perbuatan yang disabitkan, menurut Transformative Justice Collective, sebuah kumpulan antihukuman mati di Singapura.
Kes itu menyerupai kes Nagaentran K. Dharmalingam, juga warga Malaysia, yang dijadualkan dihukum gantung November lalu, mencetuskan kemarahan kerana mempunyai tahap IQ 69.
Rayuan ke Mahkamah Tinggi ditangguhkan selepas dia disahkan menghidap COVID-19, dan akan didengar pada Mac depan.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Dadah
#Malaysia
#Halimah Yacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan