awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Singapura menghadap Sultan Nazrin

Bernama
Bernama
22/03/2023
10:26 MYT
Presiden Singapura menghadap Sultan Nazrin
Halimah berkata beliau berbesar hati dapat bertemu semula dengan Sultan Nazrin yang kali terakhir pertemuan mereka berlangsung pada Kejohanan Golf Tunku Canselor antara Universiti UM - NUS 2019. - Foto FB Halimah Yacob
KUALA LUMPUR: Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM).
Menerusi hantaran dalam Facebooknya, Halimah, yang sedang dalam rangka lawatan negara ke Malaysia, berkata beliau berbesar hati dapat bertemu semula dengan Sultan Nazrin yang kali terakhir pertemuan mereka berlangsung pada Kejohanan Golf Tunku Canselor antara Universiti UM (Universiti Malaya) - NUS (Universiti Nasional Singapura) 2019.
"Dalam pertemuan hari ini, kami menegaskan semula hubungan yang sangat baik antara Singapura dengan Malaysia, termasuk Perak, serta kerjasama rapat antara UM dengan NUS," kata Halimah.
Menerusi kapasitinya sebagai Canselor NUS, Halimah berkata beliau dan baginda membincangkan kepentingan keharmonian kaum dan agama dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan penting bagi ASEAN untuk terus bersatu dalam persekitaran geopolitik yang semakin tidak menentu hari ini.
Semalam, Halimah diberi sambutan negara di Istana Negara bersempena dengan lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.
Selepas majlis itu, Halimah yang juga Penaung Pandu Puteri Singapura, melawat Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kunjungan ini ialah lawatan negara pertama Presiden Singapura ke Malaysia sejak 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Sultan Perak
#Anwar Ibrahim
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan