awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi ekonomi 2025 bukti dasar kerajaan berkesan - PM Anwar

Bernama
Bernama
31/03/2026
14:45 MYT
Prestasi ekonomi 2025 bukti dasar kerajaan berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ini dapat dilihat menerusi Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini yang memperlihatkan asas ekonomi negara yang kukuh dan berdaya tahan serta tatakelola yang baik.
"Ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada 2025 didokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
"Kadar inflasi pada 1.4 peratus adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini," katanya menerusi laman X.
Pada masa yang sama, Anwar berkata pertumbuhan ekonomi bagi 2026 pula diunjurkan berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus, manakala inflasi keseluruhan pada tahun ini dijangka kekal sederhana dengan diunjurkan sekitar 1.5 peratus hingga 2.5 peratus.
Beliau berkata dalam situasi konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga komoditi dan rantaian bekalan, Malaysia tetap menghadapi cabaran global ini dengan kesiapsiagaan yang mapan.
"InsyaAllah dengan sistem kewangan yang mempunyai berdaya tahan, kita akan terus mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan melindungi rakyat," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#laporan tahunan Bank Negara
#konflik Asia Barat
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan