awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka

Bernama
Bernama
24/09/2024
00:10 MYT
PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka
Sebahagian anggota tentera menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat biru selepas selesai mengundi awal bagi PRK DUN Mahkota di Kem Mahkota, Kluang, hari ini. --fotoBERNAMA
KLUANG: Tiga pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dibuka serentak pada 8 pagi ini.
Tiga pusat pengundian itu ialah Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim di sini.
Proses pengundian awal yang melibatkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis akan berlangsung sehingga 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di bandar Kluang adalah baik pada sebelah pagi manakala ribut petir dijangka berlaku di sebelah petang.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
DUN Mahkota memiliki 66,318 pengundi berdaftar dengan hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#DUN Mahkota
#undi awal
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan