awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Aliran trafik lancar pada tengah hari

Bernama
Bernama
12/08/2023
06:22 MYT
PRN: Aliran trafik lancar pada tengah hari
Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.
"Hanya aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama menuju utara sahaja mengalami sedikit kesesakan iaitu laluan menuju ke Sungai Petani, Kedah dan Perai, Pulau Pinang.
"Kebiasaannya trend trafik meningkat pada 3 petang hingga 8 malam yang mungkin menyebabkan sedikit kesesakan. Keadaan trafik setakat ini lancar, namun bergantung juga kepada faktor kemalangan sekiranya ada berlaku," katanya kepada Bernama hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#aliran trafik
#lebuh raya
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan