awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: BN dikompaun anjur majlis pelancaran jentera pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
16:51 MYT
PRN Melaka: BN dikompaun anjur majlis pelancaran jentera pilihan raya
Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional (BN) kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP). - Instagram/KKM
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengadakan majlis perasmian Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini di Instagram malam ini, kompaun itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong di bawah Akta 342 kerana menganjurkan majlis sosial.
Terdahulu, BN mengadakan perasmian Pelancaran Jentera BN PRN Melaka, di di Dewan Tun Hussein Onn WTCKL.
PRN Melaka | BN akan pertaruh muka baharu di PRN Melaka
Antara yang hadir ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penganjuran majlis sosial itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial dengan banyak pihak mendesak KKM mengambil tindakan tegas terhadap penganjur.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kementerian Kesihatan
#pilihan raya
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan