awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: GPS bakal tampilkan calon muda - Abang Jo

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
18/11/2021
09:43 MYT
PRN Sarawak: GPS bakal tampilkan calon muda - Abang Jo
Kata Abang Joharim jika dirinya bersara satu hari nanti kepimpinan PBB akan disambung oleh generasi muda. -Foto BERNAMA
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengetengahkan calon muda untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Perkara itu diakui sendiri pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkan sebagai pendedahan awal mengangkat golongan muda dalam kepimpinan parti.
Memang saya akui kita (GPS) akan memperkenalkan satu, dua atau tiga orang muda bertanding dalam pilihan raya ini.
“Saya rasa orang muda dalam usia 30 lebih hingga 40 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.
Menurut presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, pemimpin pelapis sememangnya diperlukan bukan untuk PBB semata-mata tetapi komponen dalam GPS.
Malah sekiranya dirinya bersara satu hari nanti dan kepimpinan parti akan disambung oleh generasi muda.
“Sekarang pun saya dah berumur, satu hari nanti saya akan bersara dalam PBB atau GPS kita mesti ada pemimpin pelapis.
“Ya menang sekarang kita (GPS) sudah ada pemimpin muda..ini merupakan tempoh percubaan mereka sama ada bertahan atau tidak untuk memimpin kelak,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Gabungan Parti Sarawak
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan