awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk minuman, makanan guna logo halal tanpa kelulusan Jakim dirampas

Bernama
Bernama
19/11/2015
05:11 MYT
Produk minuman, makanan guna logo halal tanpa kelulusan Jakim dirampas
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan, hari ini. - Gambar hiasan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sungai Petani merampas produk minuman dan makanan dalam botol bernilai RM3,500 yang menggunakan logo halal tanpa sijil perakuan yang sah.
Rampasan itu dibuat dalam satu operasi bersepadu kira-kira 10.30 pagi semalam yang dijalankan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah premis pengilang dan pengeluar minuman dan makanan di kawasan perindustrian Taman Ria Jaya, di sini.
Ketua Cawangan PPDNKK Sungai Petani, Sha'arani Miskat berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menggunakan logo halal pada produk jualan tanpa kelulusan dan kebenaran Jakim.
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan, hari ini.
Sha'arani berkata, kesalahan di bawah APD 2011 ini boleh menyebabkan orang perseorangan didenda maksimum RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, manakala pertubuhan perbadanan atau syarikat boleh didenda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta, bagi kesalahan kedua.
Topic Berkaitan
#Halal
#JAKIM
#Koperasi dan Kepenggunaan
#logo
#perdagangan dalam negeri
#Sha'arani Miskat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan