awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program agama di bulan Ramadan dipertingkat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/04/2022
23:30 MYT
Program agama di bulan Ramadan dipertingkat
Lebih 50 kanak-kanak Orang Asli menyertai kelas fardu ain secara sukarela bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Kira-kira 80 peratus penduduk Orang Asli yang beragama Islam di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan masih berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai agama Islam dan amalan berpuasa di bulan Ramadan.
Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Lah, Ahmad Zaini Dahlan Ab Rahaman berkata, kebanyakan penduduk yang memeluk agama Islam di kampung itu masih mendalami ajaran Islam melalui bimbingan pendakwah serta penggerak masyarakat.
Menurutnya, ketika bulan Ramadan ini, lebih 50 kanak-kanak Orang Asli menyertai kelas fardu ain secara sukarela bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka.
Jendela Ramadan
Beliau berkata, kelas itu dibuat secara santai di kawasan kampung dan surau hampir setiap hari dikendalikan dirinya sendiri bersama seorang guru agama Orang Asli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
"Alhamdulillah di Kuala Lah ni mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya di peringkat kanak-kanak, peringkat dewasa pun ada.
"Di peringkat kampung ni mendapat sambutan seperti kelas fardhu ain, kebanyakan mereka beri kerjasama, sanggup turun walaupun kita buat waktu petang, aktiviti fardhu ain ini juga dijanlankan secara santai," katanya.
Terdapat kira-kira 90 keluarga Orang Asli suku kaum Mendriq di Kampung Kuala Lah.
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#Islam
#Ramadan
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan