awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program BJB ilham Agong, Permaisuri diperluas - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
10/11/2025
22:50 MYT
Program BJB ilham Agong, Permaisuri diperluas - Onn Hafiz
Perkara itu dipersembahkan Onn Hafiz kepada Raja Zarith Sofiah di Istana Bukit Serene pada Isnin. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan memperluas program Bangsa Johor Bahagia (BJB) ke Flat Larkin di sini dan Flat Temenggong di daerah Kulai dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu telah dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah di Istana Bukit Serene di sini semalam.
Beliau berkata program BJB 3.0 itu akan menerapkan tema warisan dan semangat baharu dalam menangani cabaran perumahan berstrata.
"Ia sekali gus akan menerapkan peningkatan taraf sosioekonomi, peluang pembangunan remaja, platform perkembangan generasi dan keupayaan komuniti menerima perubahan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata program BJB 3.0 akan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Kulai dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.
Menurutnya program ilham Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong itu adalah di bawah Yayasan Sultan Ibrahim Johor serta Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Onn Hafiz berkata program itu telah menempa pelbagai kejayaan menerusi projek komuniti perintis sejak dilaksanakan di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai (BJB1.0) pada 2019 sebelum diperluas ke Flat Plentong Utama (BJB2.0) tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangsa Johor Bahagia
#Raja Zarith Sofiah
#onn hafiz ghazi
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan