awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia, tindakan juruterbang dipuji
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT

Bernama
Bernama
12/02/2025
10:02 MYT
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
JMU 2025 akan memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.- Foto KPT
PUTRAJAYA: Program jerayawara pendidikan tinggi negara iaitu Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menerusi satu kenyataan, KPT memaklumkan JMU 2025 adalah inisiatif kementerian bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan maklumat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menggalakkan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Penganjuran JMU 2025 bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan IPT di bawah kementerian merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
"JMU 2025 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma atau setarafnya," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan semasa JMU 2025, calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf boleh membuat permohonan UPUOnline(R) Fasa Pertama yang akan dibuka bermula 10 Feb hingga 14 Mac depan pada 5 petang.
Permohonan Fasa kedua adalah bermula 14 April hingga 18 Mei depan.
"Pelbagai aktiviti menarik turut ditawarkan sepanjang JMU 2025 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline(R), konsultasi penajaan, biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi," menurut kenyataan itu.
KPT menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jom Masuk U 2025
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#siri jelajah
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan