awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti - Devamany

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/11/2017
05:15 MYT
Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti - Devamany
DEVAMANY: Ia mengurangkan kebergantungan komuniti kepada peruntukan daripada pihak Kerajaan, memberi pendedahan dan pendidikan mengenai penjanaan tenaga elektrik dari sumber Tenaga Boleh Baharu. -Gambar fail
Pelaksanaan program solar untuk komuniti memberi pendapatan tambahan kepada kumpulan itu untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri SK Devamany berkata, selain itu ia memastikan organisasi bukan komersial terutamanya berpeluang membangunkan projek berasaskan solar.
Jelasnya, ia memberi peluang organisasi berkenaan tidak bersaing dengan syarikat komersial di bawah mekanisme berkenaan yang ditetapkan.
"Ia mengurangkan kebergantungan komuniti kepada peruntukan daripada pihak Kerajaan, memberi pendedahan dan pendidikan mengenai penjanaan tenaga elektrik dari sumber Tenaga Boleh Baharu.
"Ia juga meningkatkan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan juga teknologi-teknologi baharu yang boleh menjaga alam sekitar,' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Bin Che Mat (Pas) mengenai perkembangan dan pencapaian projek solar komuniti yang sedang berjalan di seluruh Malaysia dan manfaat yang diperoleh oleh pelbagai komuniti.
Dalam pada itu, kata Devamany, sejumlah 10.51 MV telah diluluskan bagi program solar komuniti sejak 2014 sehingga September tahun ini.
Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 4.96 MV telah mula menjana dan menjual elektrik kepada pihak utiliti.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Hulu Langat
#Che Rosli Bin Che Mat
#Devamany
#solar untuk komuniti
#tenaga boleh baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan