awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Project Silica: Inovasi storan kaca Microsoft mampu simpan data hingga 10,000 tahun

Bernama
Bernama
19/02/2026
03:44 MYT
Project Silica: Inovasi storan kaca Microsoft mampu simpan data hingga 10,000 tahun
Project Silica menggunakan sekeping kaca borosilika berukuran 12×12 sentimeter dengan ketebalan 2 milimeter untuk menyimpan sehingga 4.8TB data. -Foto Amanz
MICROSOFT mengumumkan kemajuan terbaharu Project Silica, teknologi penyimpanan data dalam kaca yang terbukti mampu menyimpan maklumat untuk tempoh sehingga 10,000 tahun, menurut kajian diterbitkan dalam Nature.
Project Silica menggunakan sekeping kaca borosilika berukuran 12×12 sentimeter dengan ketebalan 2 milimeter untuk menyimpan sehingga 4.8TB data.
Data itu ditulis dalam bentuk voksel fasa menggunakan laser femtosaat, mencipta struktur tiga dimensi mirip lurah mikro pada permukaan CD tetapi jauh lebih padat.
Ujian ketahanan menunjukkan data kekal stabil selama 10,000 tahun pada suhu 290°C, dan boleh bertahan beratus kali ganda lebih lama jika disimpan pada suhu bilik.
Setiap keping kaca berupaya menyimpan setara 2 juta buku atau 5,000 filem UHD, menjadikannya antara teknologi penyimpanan jangka panjang paling mampan pernah dibangunkan.
Microsoft kini beralih daripada penggunaan kaca silika terlakur kepada kaca borosilika, bahan yang lebih murah serta mudah dihasilkan dan turut digunakan dalam perkakas dapur tahan haba.
Perubahan ini membuka jalan kepada penghasilan storan berkos lebih rendah dan lebih mudah dikomersialkan.
Selain Project Silica, beberapa syarikat dan penyelidik turut membangunkan teknologi storan kaca lain, termasuk HoloMem dan SPhotonix yang mendakwa storan kaca 5D mereka dapat bertahan sehingga 13.8 bilion tahun.
Namun, Project Silica kini menjadi sistem pertama yang terbukti menyimpan, membaca dan mengekod semula data dengan konsisten menggunakan medium kaca. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft Project Silica
#storan data kaca
#teknologi laser femtosaat
#ketahanan 10
#000 tahun
#kaca borosilika
#penyelidikan Microsoft
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan