awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek naik taraf ban Kampung Spang Loi perlu diteliti - Penduduk

Bernama
Bernama
04/01/2022
21:28 MYT
Projek naik taraf ban Kampung Spang Loi perlu diteliti - Penduduk
Zamri menunjukkan ban di Sungai Muar, Buloh Kasap di Kampung Spang Loi yang pecah sehingga menyebabkan kampung itu ditenggelami air sehingga paras bumbung. - Foto BERNAMA
SEGAMAT: Penduduk Kampung Spang Loi di sini mengharapkan projek menaik taraf ban sepanjang 1.5 kilometer di kampung itu bagi menangani isu banjir diteliti untuk mengelak kejadian ban pecah berulang.
Ketua kampung, Zamri Bachok berkata tindakan pantas kerajaan menangani kejadian itu sememangnya harus dipuji memandangkan ban sedia ada sebelum ini dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan yang dihuni 121 keluarga.
"Sudah dua kali berlaku banjir sebelum ini, sememangnya diakui ban itu sangat membantu dan mengelakkan kediaman penduduk ditenggelami air, namun amat mendukacitakan apabila ban ini pecah sehingga air melimpah dengan pantas.
"Saya dan penduduk lain terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang kerana nyawa lebih utama, jadi ban baharu nanti harap diteliti dan diperkukuh kedudukannya," katanya yang ditemui selepas meninjau keadaan kampung itu bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menaiki bot di sini pada Selasa.
Ahad lepas, ban yang siap dibina pada 2019 itu pecah sehingga menyebabkan banjir di Kampung Spang Loi dan kampung-kampung sekitar ekoran limpahan air Sungai Muar.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat mangsa banjir di Segamat, turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf ban di Kampung Spang Loi bagi menangani isu banjir di kawasan itu dan sekitarnya.
Kerja-kerja menaik taraf ban sedia itu termasuk meninggikan aras ban daripada 5.2 meter kepada 6.2 meter bagi menampung air banjir yang meningkat berbanding semasa direka bentuk sebelum ini.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Spang Loi, Abdul Halim Ahmad, 76, ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tambang menyifatkan kejadian itu sebagai terburuk dan pernah berlaku pada 1971.
"Kalau buat sesuatu projek daripada kerajaan hendaklah serius dan teliti, pihak terlibat semestinya dalam kalangan terbaik yang dipilih oleh kerajaan untuk melaksanakannya, namun kerjasama itu mestilah memberi manfaat kepada penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama bersama ATM di Kampung Spang Loi pada Selasa mendapati kediaman penduduk masih ditenggelami air hingga paras bumbung malah kebun persendirian di perkampungan itu turut musnah.
Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 4,311 orang daripada 1,175 keluarga dipindahkan ke 52 PPS setakat 8 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Banjir 2021
#ban pecah
#Kampung Spang Loi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan