awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander

Bernama
Bernama
08/02/2024
07:10 MYT
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander
Alexander berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpunan Bulanan Bersama Warga KKR di Kompleks Kerja Raya, hari ini. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini status kemajuan pembinaan projek berkenaan telah mencapai 98.91 peratus.
"Sedikit lagi yang perlu dibuat perubahan kepada reka bentuk kerana (ada beberapa) masalah tanah di lokasi yang terlibat. Itulah yang boleh dikatakan mengapa kita belum mencapai 100 peratus lagi (ketika ini)," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpunan Bulanan Bersama Warga KKR di Kompleks Kerja Raya, di sini hari ini.
Berhubung perkembangan projek LPB Sabah, Nanta berkata status projek berkenaan telah mencapai kemajuan hampir 87 peratus siap bagi Fasa 1A yang melibatkan 15 pakej kerja manakala di bawah pakej Fasa 1B yang membabitkan 19 pakej kerja, proses tender sedang dilaksanakan.
Dalam perkembangan lain, Nanta berkata Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting, Selangor dan Taiping, Perak pula dijangka akan dibuka sepenuhnya 1 Mac ini.
"Lebuhraya WCE ini bakal menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan terutamanya pada musim perayaan. Setiap projek mega ini akan membantu lonjakan ekonomi dan pembangunan di negara kita," katanya.
Terdahulu, Nanta dalam ucapan mengingatkan semua warga kementerian untuk melaksanakan tugasan secara lebih proaktif dan tidak hanya menunggu aduan daripada rakyat semata berkaitan isu jalan raya.
"Diakui bahawa isu berkaitan jalan raya sering menjadi modal netizen untuk dihebahkan atau ditularkan. Saya memahami banyak aduan yang telah diambil tindakan segera, namun ada juga aduan yang mengambil masa terlalu lama untuk ditangani.
"Tentunya ini menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kita. Justeru, perkara utama yang ingin saya tegaskan di sini adalah tindakan bagi kerja membaik pulih di lapangan tanpa perlu menunggu aduan dan jangan menyembunyikan masalah. Hentikan sikap hanya menunggu isu viral baru bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Lebuhraya Pan Borneo
#Sarawak
#WCE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan