awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
31/03/2024
14:45 MYT
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan dan Abu Bakar (kanan) ketika sesi taklimat pada lawatan rasmi Timbalan Menteri Kerja Raya tersebut ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Taman Nusantara, Gelang Patah hari ini. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertambahan sebanyak 17 kilometer (km) itu menjadikan keseluruhan projek pelebaran kepada 37km tanpa membabitkan sebarang kos tambahan.
Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan RM931 juta bagi projek berkenaan membabitkan jarak dari Sedenak hingga Simpang Renggam.
"Saya ingin memaklumkan bahawa dengan kos RM931 juta, projek ini bukan hanya dari Sedenak sampai Simpang Renggam tetapi ia sehingga simpang Ayer Hitam.
"Kita dalam proses kajian nilai (VA) supaya boleh lanjut pelebaran itu kerana peruntukan besar ini boleh sehingga simpang Ayer Hitam dengan projek akan bermula tahun ini," katanya ketika mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor, yang turut dihadiri Pengarah JKR Johor Abu Bakar Abd Aziz.
Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan projek pelebaran Lebuh Raya PLUS daripada empat kepada enam lorong itu dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan melibatkan kos RM931 juta.
Setakat ini, laluan enam sehingga lapan lorong di lebuh raya PLUS dari Kuala Lumpur ke selatan berakhir di Melaka.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#PLUS
#kajian nilai
#projek pelebaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan