awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Stargate UK ditangguhkan, OpenAI nilai semula pelaburan AI di Britain

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
03:51 MYT
Projek Stargate UK ditangguhkan, OpenAI nilai semula pelaburan AI di Britain
Projek yang diumumkan tahun lalu itu merupakan sebahagian daripada pakej pelaburan teknologi bernilai keseluruhan kira-kira £31 bilion, melibatkan kerjasama strategik antara OpenAI dengan syarikat Nvidia serta penyedia pusat data berpangkalan di UK, Nscal
OpenAI mengesahkan penangguhan sementara projek pembinaan pusat data kecerdasan buatan (AI) berskala besar dikenali sebagai Stargate UK di timur laut United Kingdom (UK), susulan kos tenaga yang tinggi serta peraturan yang dianggap kurang menyokong pelaburan jangka panjang.
Projek yang diumumkan tahun lalu itu merupakan sebahagian daripada pakej pelaburan teknologi bernilai keseluruhan kira-kira £31 bilion, melibatkan kerjasama strategik antara OpenAI dengan syarikat Nvidia serta penyedia pusat data berpangkalan di UK, Nscale, lapor Amanz.
Dalam satu kenyataan, OpenAI memaklumkan pihaknya masih meneroka potensi projek berkenaan, namun hanya akan meneruskan pelaksanaan apabila faktor peraturan dan kos tenaga membolehkan pelaburan infrastruktur jangka panjang dilaksanakan secara mampan.
Penangguhan itu berlaku ketika OpenAI berdepan tekanan untuk mengawal perbelanjaan, termasuk penamatan aplikasi penjana video AI, Sora, yang dilaporkan menelan kos operasi sekitar AS$1 juta sehari pada tahap penggunaan puncak.
Sementara itu, rakan teknologi OpenAI, Oracle, turut melaksanakan pemberhentian sehingga kira-kira 30,000 pekerja di peringkat global sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula bagi membiayai pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur pusat data AI.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap kerajaan UK berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan OpenAI dan syarikat AI utama lain bagi memastikan kapasiti pengkomputeran negara terus diperkasa, sejajar aspirasi UK untuk mengukuhkan kedaulatan digital dan mengurangkan kebergantungan kepada infrastruktur luar.
Topic Berkaitan
#OpenAI
#Stargate UK
#pusat data AI
#kecerdasan buatan
#United Kingdom
#pelaburan teknologi
#NVIDIA
#Nscale
#kos tenaga
#infrastruktur digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan