awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga Malaysia jadi contoh ikutan - Duta Jepun

Bernama
Bernama
25/04/2025
22:15 MYT
Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga Malaysia jadi contoh ikutan - Duta Jepun
Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga baharu di Malaysia akan menjadi contoh ikutan bagi seluruh Asia dan negara-negara lain, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga baharu di Malaysia akan menjadi contoh ikutan bagi seluruh Asia dan negara-negara lain, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.
Shikata berkata selain mencapai neutraliti karbon, pelbagai projek kerjasama penyahkarbonan baharu semakin berkembang di Malaysia.
"Semasa mesyuarat sidang kemuncak Jepun-Malaysia pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Jepun Shigeru Ishiba menyatakan hasrat untuk terus menggalakkan usaha pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dan penggunaan hidrogen dan ammonia sebagai bahan api alternatif," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian pejabat baharu Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun, Malaysia (JACTIM) di sini.
Kedua-dua pemimpin juga mengesahkan bahawa Jepun dan Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama sidang kemuncak Komuniti Pelepasan Sifar Karbon Asia (AZEC) dan mesyuarat peringkat menteri di Malaysia akhir tahun ini bersempena dengan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.
"Jepun dari segi sejarah merupakan antara pelabur terbesar di Malaysia, dengan jumlah pelaburan langsung Jepun melebihi RM100 bilion pada 2024," kata Shikata.
Beliau juga melahirkan penghargaan terhadap kerajaan Malaysia atas penyertaan yang sangat proaktif dan kreatif dalam Ekspo Osaka-Kansai yang dibuka pada 13 April yang mempamerkan wawasan inspirasi Malaysia tentang kelestarian dan keharmonian di bawah kepelbagaian.
Sementara itu, presiden JACTIM, Hiromitsu Narukama berkata dewan perdagangan itu kekal komited untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
"Kami berhasrat menggunakan ruang pejabat ini secara aktif untuk memudahkan komunikasi, pertukaran dan peluang bagi rangkaian dan kerjasama," katanya menerusi ucapan perasmian beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek usaha sama
#kemampanan dan peralihan tenaga baharu
#contoh ikutan
#Malaysia
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan