awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Malaysia Airlines tingkat kapasiti pesawat untuk rakyat pulang mengundi

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
13/04/2018
09:53 MYT
PRU14: Malaysia Airlines tingkat kapasiti pesawat untuk rakyat pulang mengundi
Malaysia Airlines akan menambah 40 penerbangan tambahan dan menaik taraf 10 penerbangan ke perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasi domestik antara 5 hingga 10 Mei 2018. - BERNAMA/Fail
Malaysia Airlines akan menambah 40 penerbangan tambahan dan menaik taraf 10 penerbangan ke perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasi domestik antara 5 hingga 10 Mei 2018.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata ia berikutan peningkatan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ketika hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.
Beberapa laluan terpilih yang menggunapakai perkhidmatan B737-800 akan dinaik taraf menggunakan pesawat A333-300.
Dalam pada itu, Malaysia Aviation Group (MAG) turut menawarkan pengecualian caj penukaran penerbangan bagi tempahan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings semasa PRU14 pada 9 Mei ini.
Pengecualian itu merangkumi semua jenis tiket yang tarikh perjalanannya jatuh antara 8 hingga 10 Mei 2018.
"Hanya satu perubahan yang dibenarkan dan ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.
"Penumpang dibenarkan untuk menangguh perjalanan masing-masing sehingga tempoh dua bulan daripada tarikh penerbangan asal," kata MAG dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, MAG berkata, semua tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut peraturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.
Semua subclass tambang dan surcaj bermusim dikenakan mengikut aturan tambang tiket penerbangan yang dibeli.
Pelanggan boleh melakukan perubahan tempahan di pejabat tiket penerbangan masing-masing atau menghubungi pusat perkhidmatan Malaysia Airlines dan MASwings di talian 1300883000 atau pusat perkhidmatan FireFly di talian +60378454543.
Naik taraf perkhidmatan B737-800 kepada pesawat A333-300
1. 05MEI18 MH2614 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 12.55pm/3.30pm – Seperti jadual asal MH2607 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 4.30pm/7.00pm – Diubah masa daripada jadual asal
2. 08MEI and 09MEI18 MH1162 Kuala Lumpur/Penang 7.30pm/8.25pm – Seperti jadual asal MH1165 Penang/Kuala Lumpur 9.25pm/10.25pm – Diubah masa daripada jadual asal 3. 08MEI18
MH2640 Kuala Lumpur/Kota Kinabalu 3.45pm/6.20pm – Seperti jadual asal MH2631 Kota Kinabalu/Kuala Lumpur 7.20pm/9.50pm – Diubah masa daripada jadual asal MH2528 Kuala Lumpur/Kuching 5.00pm/6.45pm – Seperti jadual asal MH2597 Kuching/Kuala Lumpur 8.00pm/9.40pm – Seperti jadual asal
4. 10MEI18 MH1152 Kuala Lumpur/Penang 4.35pm/5.35pm – Seperti jadual asal MH1155 Penang/Kuala Lumpur 6.35pm/7.35pm – Diubah masa daripada jadual asal
Penerbangan domestik tambahan menggunakan pesawat B737-800 1. 8 MEI 2018 MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 10.00am/10.55am MH7321 Kota Bharu /Kuala Lumpur 11.35am/12.35pm
MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 12.45pm/1.40pm MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 2.20pm/3.20pm
MH7334 Kuala Lumpur/ Kuala Terengganu 3.00pm/3.55pm MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 4.35pm/5.30pm
MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 5.20pm/7.15pm MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 7.55pm/9.50pm
MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.00pm/7.00pm MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 7.40pm/8.40pm
MH7416 Kuala Lumpur/Labuan 6.00pm/8.25pm MH7417 Labuan/Kuala Lumpur 9.05pm/11.25pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 6.25pm/9.10pm MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 9.50pm/12.30am+1
MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 7.05pm/8.00pm MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 8.40pm/9.35pm
MH1286 Kuala Lumpur/Kuantan 9.30pm/10.20pm on 08MAY18 MH1263 Kuantan/Kuala Lumpur 6.30am/7.15am on 09MAY18
2. 9 MEI 2018 MH7371 Kuala Lumpur/Johor Bharu 8.10pm/9.05pm MH7370 Johor Bharu/Kuala Lumpur 9.40pm/10.35pm
MH7325 Kuala Lumpur/Kota Bharu 5.40pm/6.35pm MH7326 Kota Bharu/Kuala Lumpur 7.15pm/8.15pm
MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 6.25pm/7.25pm MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm
MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 6.25pm/7.20pm MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 7.55pm/8.50pm
MH7480 Kuala Lumpur/Sibu 7.05pm/9.00pm MH7481 Sibu/Kuala Lumpur 9.40pm/11.30pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm MH7427 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm
3. 10 MEI 2018 MH7310 Kuala Lumpur/Alor Setar 8.00am/9.00am MH7311 Alor Setar/Kuala Lumpur 9.45am/10.45am
MH7334 Kuala Lumpur/Kuala Terengganu 2.20pm/3.15pm MH7335 Kuala Terengganu/Kuala Lumpur 3.55pm/4.50pm
MH7320 Kuala Lumpur/Kota Bharu 6.25pm/7.20pm MH7321 Kota Bharu/Kuala Lumpur 8.00pm/9.00pm
MH7486 Kuala Lumpur/Miri 6.30pm/8.45pm MH7487 Miri/Kuala Lumpur 9.25pm/11.35pm
MH7428 Kuala Lumpur/Sandakan 5.00pm/7.45pm MH7429 Sandakan/Kuala Lumpur 8.25pm/11.10pm
Topic Berkaitan
#domestik
#Malaysia Airlines
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#penerbangan
#pilihan raya umum
#PRU
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan