awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bomba Pahang bantu 260 penduduk kampung terkandas banjir keluar mengundi

Bernama
Bernama
19/11/2022
10:02 MYT
PRU15: Bomba Pahang bantu 260 penduduk kampung terkandas banjir keluar mengundi
Menurut bomba, 240 pengundi di Kampung Binjai, Kuala Lipis dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang hari ini, membantu membawa keluar lebih 200 penduduk kampung di Kuala Lipis dan Pekan dekat sini untuk mengundi selepas laluan keluar kampung tersebut dinaiki air.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang Zulfadli Zakaria berkata 240 pengundi di Kampung Binjai, Kuala Lipis dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir.
Sementara di Pekan, bantuan melibatkan 20 penduduk di Kampung Mentiga yang terkandas selepas jalan di kampung itu tidak selamat untuk dilalui.
"Operasi membawa penduduk di kedua-dua kampung itu juga melibatkan bantuan daripada pasukan penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini, sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#pengundi terkandas banjir
#Kuala Lipis dan Pekan
#bomba pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan