awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PDRM beri jaminan keselamatan hari mengundi Sabtu ini - KPN

Bernama
Bernama
17/11/2022
11:28 MYT
PRU15: PDRM beri jaminan keselamatan hari mengundi Sabtu ini - KPN
Acryl Sani berkata orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pelbagai elemen keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini bagi memastikan ia berjalan lancar.
Memberi jaminan keselamatan pada hari pengundian nanti, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata proses penamaan calon pada 5 Nov lepas telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik.
"Selain itu, dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam.
"Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pengundian akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Acryl Sani berkata orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"PDRM akan memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram," katanya.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#keselamatan hari pengundian
#PRU15
#Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan