awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tebar roti canai hingga 2 pagi

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2022
02:30 MYT
PRU15: Tebar roti canai hingga 2 pagi
Othman sedang menyediakan roti canai untuk dijamu kepada orang ramai di markas Pas Batu Hampar pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas sanggup bersengkang mata menebar roti canai kepada orang ramai di markas Pas Kampung Batu Hampar di sini sehingga awal pagi.
Wan Othman Wan Salim, 64, berkata, dia menyediakan menu itu secara sukarela tanpa mendapat sebarang bayaran.
"Saya dulu seorang penjual roti canai tetapi sudah lama tak buat. Merata negeri saya merantau menjadi penebar roti canai.
"Pilihan raya kali ini saya tergerak hati untuk menjamu orang ramai di sini (markas) di atas permintaan kawan-kawan," katanya yang ditemui di markas Pas Batu Hampar di sini pada Khamis.
Othman berkata, dia seronok melihat orang ramai menjamu roti canai 'air tangannya' itu.
"Bukan selalu boleh jamu macam ini. Alang-alang ada PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15), seronok juga berkumpul sambil makan-makan," katanya.
Menurut Othman, dia menyediakan empat kilogram doh roti canai bermula jam 9 malam.
Katanya, bahan mentah disediakan pihak markas termasuk kuah kari kambing yang dimakan bersama roti canai.
"Saya hanya dapat membantu dari segi tenaga sahaja, itu yang saya mampu tolong untuk mereka di sini dan juga demi parti (Pas)," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#tebar roti canai
#Malaysia Memilih
#Wan Othman Wan Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan