awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tengku Zafrul, isteri mengundi di SK Puncak Alam 2

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
19/11/2022
01:00 MYT
PRU15: Tengku Zafrul, isteri mengundi di SK Puncak Alam 2
Tengku Zafrul dan isteri mengundi di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 di sini.
Turut menunaikan tanggungjawab itu ialah isterinya, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Kedua-duanya tiba kira-kira jam 8.15 pagi dan mula membuang undi pada jam 8.25 pagi.
Tengku Zafrul yang ditemui di luar bilik mengundi berkata, proses pengundian berjalan lancar pada pagi ini.
“Selepas ini saya akan melawat tempat-tempat mengundi dan saya harap semua akan keluar mengundi,” katanya kepada media di SK Puncak Alam 2 di sini pada Sabtu.
Katanya, cuaca mendung dan berharap semua pengundi datang awal untuk menunaikan tanggungjawab.
“Saya melihat peratusan keluar mengundi ini penting dan kali ini berbeza sedikit ada Undi18 dan undi automatik kali ini.
“Namun, bagi saya lagi ramai keluar mengundi lagi bagus kerana inilah sistem demokrasi kita,” ujarnya.
Kerusi Parlimen Kuala Selangor menyaksikan persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Topic Berkaitan
#PRU15
#hari mengundi
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Parlimen Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan