awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Manukan antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
18/01/2021
05:20 MYT
Pulau Manukan antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Sabah
Insiden hujan lebat sejak petang Ahad lalu di beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU:Lima unit kediaman kakitangan Taman Tunku Abdul Rahman di Pulau Manukan di sini terjejas susulan kawasan itu dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak Ahad.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi Astro AWANI, memaklumkan antara yang terjejas adalah bahagian dapur dan tandas unit-unit tersebut.
"Limpahan air daripada bukit berhampiran pulau diikuti dengan air pasang menyebabkan banjir.
"Banjir telah surut dan kerja pembersihan telah pun selesai tengah malam tadi," tambah beliau.
Jelas beliau lagi, keadaan juga dilaporkan dalam keadaan baik dan pihak taman telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Terdahulu, insiden hujan lebat sejak petang Ahad lalu di beberapa lokasi di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#banjir
#banjir sabah
#Jafry Ariffin
#Penampang
#tanah runtuh
#banjir kilat
#pulau manukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan