awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini

Bernama
Bernama
30/05/2024
09:15 MYT
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata menurut pandangan pakar, cadangan tersebut boleh dilaksanakan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata menurut pandangan pakar, cadangan tersebut boleh dilaksanakan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan atau perubahan polisi oleh Perdana Menteri serta mendapat persetujuan semua negeri di Malaysia.
"Kita mahu melihat satu perubahan dari segi perkongsian hasil dengan Kerajaan Persekutuan...saya tidak tahu cadangan saya akan dipandang serius atau tidak kerana Kerajaan Pusat pun hadapi kekangan kewangan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Beliau menjawab soalan Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) mengenai sumbangan pelaburan langsung asing (FDI) kepada Kerajaan Persekutuan dan tindakan kerajaan negeri dalam momohon hasil cukai bagi pembangunan infrastruktur negeri.
Chow berkata cadangan tersebut akan dibincangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.
Semalam, beliau memohon Kerajaan Persekutuan agar mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri supaya mewujudkan ruang untuk melaksanakan program dan projek pembangunan dengan lebih berkesan.
Sementara itu Chow memaklumkan kerajaan negeri menguatkuasakan strategi pengurangan unjuran defisit bajet negeri 2024 melalui langkah-langkah kawalan dalaman dan penjimatan dalam perbelanjaan tanpa menjejaskan program atau projek berimpak kepada rakyat.
"Berdasarkan belanjawan negeri yang telah dibentang dan diluluskan DUN pada November 2023, kerajaan negeri menjangkakan defisit sebanyak RM514.52 juta memandangkan hampir 60 peratus komponen perbelanjaan mengurus adalah melibatkan pemberian dan kenaan bayaran tetap," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pulau Pinang tiada perancangan meminda Perlembagaan Negeri untuk mewujudkan penggal tetap DUN selama lima tahun.
Katanya proses pembubaran DUN terletak di bawah kuasa Yang Dipertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perlembagaan Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kutipan cukai
#Chow Kon Yeow
#kerajaan Persekutuan
#Perlembagaan Persekutuan
#pulau pinang
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan