awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang, Johor, Selangor kekal sebagai negeri pengeksport utama - Perangkaan

Bernama
Bernama
26/08/2022
06:58 MYT
Pulau Pinang, Johor, Selangor kekal sebagai negeri pengeksport utama - Perangkaan
Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur kekal sebagai lima negeri pengeksport utama pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur kekal sebagai lima negeri pengeksport utama pada Julai 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pulau Pinang menyumbang 27.9 peratus kepada eksport negara, Johor (23.2 peratus), Selangor (18 peratus), Sarawak (8.7 peratus) dan Kuala Lumpur (5.7 peratus).
Kebanyakan negeri mencatatkan eksport lebih tinggi, didahului Johor yang merekodkan RM9.3 bilion peningkatan kepada RM31.1 bilion pada Julai 2022.
Ini diikuti Selangor dengan kenaikan RM9.1 bilion, Pulau Pinang (RM7.6 bilion), Kuala Lumpur (RM4.8 bilion, Sarawak (RM4.2 bilion), Kedah (RM1 bilion), Negeri Sembilan (RM772.5 juta), Labuan (RM693 juta), Sabah (RM599.5 juta) dan Perlis (RM42.7 juta).
Bagaimanapun Perak, mencatatkan penurunan eksport kepada RM568.6 juta, Pahang (RM408.2 juta), Terengganu (RM337.8 juta), Melaka (RM278.6 juta) dan Kelantan (RM115.8 juta).
Import dari Selangor meningkat RM8.5 bilion, Kuala Lumpur dan Johor masing-masing menokok RM7.1 bilion, Pulau Pinang (RM6.1 bilion), Negeri Sembilan dan Sarawak (RM1.6 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Pahang (RM1.1 bilion), Sabah (RM224.8 juta), Terengganu (RM135.7 juta) dan Perlis (RM49.9 juta).
Perak menyaksikan penurunan import sebanyak RM632.7 juta, Kelantan (RM247.9 juta), Melaka (RM17.9 juta) dan Labuan (12.3 juta). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Johor
#negeri pengeksport utama
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan