awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat data di angkasa tidak masuk akal buat dekad ini - CEO OpenAI

Amanz
Amanz
23/02/2026
05:20 MYT
Pusat data di angkasa tidak masuk akal buat dekad ini - CEO OpenAI
Altman berkata pusat data di bumi sendiri memerlukan proses naik taraf dan penyelenggaraan yang kompleks, dan jika berada di angkasa, tahap kesukarannya akan berganda. - Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berpendapat cadangan membangunkan pusat data di angkasa seperti yang diketengahkan Elon Musk melalui SpaceX masih terlalu awal untuk direalisasikan pada dekad ini.
Altman berkata terdapat pelbagai kekangan yang bakal menghalang kejayaan projek berkenaan, termasuk kos pelancaran ke angkasa serta perbelanjaan, selain kesukaran penyelenggaraan di luar orbit bumi.
Menurut beliau, pusat data di bumi sendiri memerlukan proses naik taraf dan penyelenggaraan yang kompleks, dan jika berada di angkasa, tahap kesukarannya akan berganda.
Bagaimanapun, Altman tidak menolak kemungkinan teknologi tersebut dapat direalisasikan pada masa hadapan.
Katanya, angkasa mempunyai potensi untuk sejumlah aplikasi, namun bagi pembangunan pusat data, masanya masih belum sesuai.
Kenyataan itu dibuat ketika menghadiri sebuah acara di India.
Terdahulu, Elon Musk telah menyatukan SpaceX dan xAI sebagai langkah awal merealisasikan pusat data di angkasa. Selain itu, Google turut menyatakan minat untuk membina pusat data di orbit seawal 2027. - Amanz
Topic Berkaitan
#CEO OpenAI
#Sam Altman
#Elon Musk
#pusat data di angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan