awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2024
07:08 MYT
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Video tular rakaman CCTV memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua lagi individu ditahan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
"Tangkapan dua lelaki warga tempatan ini menjadi empat tangkapan keseluruhan yang dijalankan setakat ini.
"Kesemua tangkapan yang merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 25 hingga 28 tahun telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, pihaknya masih menyiasat motif berhubung kejadian.
Sebelum ini, dua suspek berumur 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Batu Caves kira-kira jam jam 3 petang, Jumaat.
Pada Khamis, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#Jalan Yap Kwan Seng
#bom petrol
#suspek ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan