awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar langgar syarat lesen

Bernama
Bernama
28/06/2022
14:34 MYT
Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar langgar syarat lesen
PPTGWP juga menerima aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat secara bertulis dan lisan yang berpunca dari kebun berkenaan. - Gambar/ FB Kebun-Kebun Bangsar
KUALA LUMPUR: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar di sini, kerana berlakunya pelanggaran syarat Lesen Pendudukan Sementara (LMS) bagi maksud nurseri.
Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Yasir Yahya berkata syarat-syarat bagi maksud nurseri yang diluluskan termasuklah jenis tanaman dan juga tiada struktur kekal dibenarkan di bawah talian rentis seperti mana ulasan teknikal daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"PPTGWP juga menerima aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat secara bertulis dan lisan yang berpunca dari kebun berkenaan.
"Siasatan mendapati kebun itu menjadi tempat pemeliharaan pelbagai binatang ternakan seperti ayam, itik dan biri-biri sekali gus menimbulkan isu lain seperti pencemaran bau, lalat dan gangguan bunyi yang menjadi punca utama tindakan penguatkuasaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata PPTGWP sentiasa menyokong usaha ke arah kebun bandar selaras dengan hasrat kerajaan, bagaimanapun pematuhan kepada syarat-syarat LMS perlu dipatuhi bagi kebaikan semua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebun-Kebun Bangsar
#DBKL
#PPTGWP
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan