awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mahkota Arab Saudi tangguh lawatan, Tun Mahathir tidak tahu sebabnya

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/02/2019
08:53 MYT
Putera Mahkota Arab Saudi tangguh lawatan, Tun Mahathir tidak tahu sebabnya
Mohammed yang merupakan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia bermula dengan lawatan ke Pakistan minggu ini. - Foto REUTERS
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui sebab mengapa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menangguhkan lawatannya ke Malaysia.
Beliau turut mengesahkan bahawa telah dimaklumkan berkenaan penangguhan lawatan yang dijadualkan esok.
“Saya tidak tahu sebab apa. Cuma dia beritahu dia tidak hadir, itu sahaja maklumat saya dapat,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA) di sini, pada Sabtu.
Mohammed yang merupakan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia bermula dengan lawatan ke Pakistan minggu ini.
Menurut laporan itu, dari Islamabad, Putera Mahkota Arab Saudi dijadual tiba di Kuala Lumpur pada Ahad untuk lawatan rasmi dua hari sebelum meneruskan lawatan ke Indonesia pada Isnin dan selepas itu ke India.
Lawatan Mohammed ke Malaysia adalah yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi pada Jun 2017.
Topic Berkaitan
#Lawatan Negara
#Mahathir Mohamad
#Mohammed bin Salman
#putera mahkota arab saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan