awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QS World Rankings: UM naik lima anak tangga, kekal terbaik di Malaysia

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
28/06/2023
11:07 MYT
QS World Rankings: UM naik lima anak tangga, kekal terbaik di Malaysia
Universiti Malaya terus menguasai kedudukan universiti terbaik di Malaysia dalam QS World University Rankings 2024 untuk tahun keenam berturut-turut. -Gambar fail/www.de-envision.com
UNIVERSITI Malaya (UM) terus menguasai kedudukan universiti terbaik di Malaysia dalam QS World University Rankings 2024 untuk tahun keenam berturut-turut.
Universiti tertua negara itu juga merupakan satu-satunya universiti tempatan yang disenaraikan dalam 100 terbaik di peringkat dunia, naik lima tempat ke tangga ke-65 dalam edisi ke-20 penarafan tersebut.
Di kedudukan kedua ialah Universiti Sains Malaysia (USM) yang naik enam anak tangga dari peringkat ke-143 ke peringkat ke-137, berkongsi kedudukan dengan University of Science and Technology of China.
Universiti penyelidikan Malaysia yang lain -- Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-158, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-159, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-188) -- juga disenaraikan dalam 200 terbaik.
Sementara itu, Taylor's University mengekalkan kedudukannya sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia, dengan kedudukan ke-284, diikuti oleh UCSI University di peringkat ke-300.
Sebanyak empat universiti Malaysia membuat penampilan sulung dalam penarafan ini, termasuk INTI International University di kedudukan ke-556 bersama Florida International University, Amerika Syarikat, Asia Pacific University of Technology and Innovation di kedudukan 621-630), Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka kedua-duanya dalam kumpulan 1201-1400.
Rekod tertinggi sebanyak 28 institusi pengajian tinggi Malaysia disenaraikan dalam tahun ini.
Secara keseluruhan, Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat terus menguasai penarafan tersebut untuk tahun ke-12, manakala University of Cambridge di United Kingdom mengekalkan kedudukan kedua, dan University of Oxford meningkat ke peringkat ketiga.
National University of Singapore (NUS) berada di kedudukan kelapan, menjadikannya satu-satunya universiti Asia yang masuk ke senarai 10 terbaik dunia.
QS World University Rankings 2024 adalah penarafan terbesar untuk institusi pengajian tinggi dari seluruh dunia dengan 1,503 institusi yang disenaraikan, meningkat daripada 1,418 institusi tahun lalu.
Tahun ini, QS memperkenalkan tiga metrik baru -- Kestabilan, Hasil Pekerjaan dan Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa -- dan menyesuaikan semula beberapa petunjuk sedia ada, iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, dan Nisbah Pensyarah Pelajar.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#QS World University Rankings 2024
#universiti terbaik di Malaysia
#Universiti tertua negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan