awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Pasukan SAR terlihat bayang seakan pesawat komersial di dasar laut

AFP
AFP
30/12/2014
08:50 MYT
QZ8501: Pasukan SAR terlihat bayang seakan pesawat komersial di dasar laut
Pasukan SAR terlihat bayang seakan pesawat komersial di dasar laut. -Gambar fail
Sebuah pesawat tentera udara ternampak bayang seakan sebuah jet komersial terdampar di dasar laut di mana pesawat AirAsia QZ8501 didapati hilang.
"Pada 00:50 angkatan udara Hercules mendapati objek digambarkan sebagai bayang-bayang di bahagian bawah laut dalam bentuk kapal terbang," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia Bambang Soelistyo pada satu sidang akhbar.
Menurut Soelistyo, carian kini tertumpu di lokasi di mana bayang dan serpihan telah dijumpai, sekitar 160 kilometer (100 batu) di barat daya bandar Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di pulau Borneo.
"Semua aset di kawasan itu serta pegawai SAR akan dikerahkan ke lokasi," katanya.
"Tugas mereka adalah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang," katanya.
"Saya akan memastikan semua mereka dibawa ke Pangkalan Bun, landasan kapal terbang terdekat dari lokasi objek itu," katanya.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#AirAsia
#bayang
#pesawat komersial
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan