awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi senarai tiga kemungkinan suntikan ke atas anaknya

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/08/2025
06:30 MYT
Rafizi senarai tiga kemungkinan suntikan ke atas anaknya
Rafizi mengetengahkan tiga kemungkinan berhubung kejadian tersebut. - Foto fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan perubatan berhubung insiden membabitkan anak tunggalnya.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan perubatan berhubung insiden suntikan terhadap anaknya, namun tiga kemungkinan sedang dipertimbangkan: suntikan mengandungi dadah/racun, virus seperti HIV atau hepatitis, atau larutan tidak berbahaya.
  • Anak beliau kini dirawat di hospital dan akan dipantau selama enam bulan termasuk ujian darah setiap enam minggu bagi mengenal pasti kesan suntikan.
  • Insiden berlaku di Putrajaya apabila anaknya ditarik dan dicucuk jarum oleh dua lelaki berpakaian serba hitam yang mengekori kereta isterinya, dipercayai selepas pemantauan selama dua hingga tiga hari.

Bagaimanapun, beliau mengetengahkan tiga kemungkinan berhubung kejadian tersebut.
"Pertama suntikan itu mungkin mengandungi dadah atau racun. Kedua, ia berbentuk virus, termasuk kemungkinan hepatitis, HIV atau virus lain.
"Ketiga suntikan itu mungkin kosong, hanya mengandungi air atau larutan tidak berbahaya.
"Kalau terdapat racun atau dadah, akan ada kesan tertentu seperti pening, pengsan, muntah atau sebagainya.
"Namun, setakat ini, tiada tanda-tanda tersebut dikesan," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini pada Khamis.
Rafizi memberitahu, ketika ini anaknya diletakkan di bawah pemantauan selama enam bulan termasuk perlu menjalani ujian darah setiap enam minggu.
Anaknya kini menerima rawatan di sebuah hospital.
Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu, ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Anak beliau dikatakan ditarik secara tiba-tiba dan dicucuk dengan jarum suntikan.
Hasil semakan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal mengekori kereta isterinya sebelum insiden itu berlaku.
Kedua-dua suspek berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutupi muka, dan dipercayai menunggu peluang yang sesuai untuk menyerang.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#suntikan
#anak Rafizi
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan