awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Perancis mulakan migrasi Windows ke Linux, perkukuh kedaulatan digital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raikan kepelbagaian bangsa dan agama, kekalkan toleransi antara kaum - Sultan Mizan

Bernama
Bernama
22/04/2023
06:25 MYT
Raikan kepelbagaian bangsa dan agama, kekalkan toleransi antara kaum - Sultan Mizan
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (dua, kiri) berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah lain di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negeri ini supaya meraikan kepelbagaian bangsa dan agama dengan mengekalkan toleransi antara kaum, serta saling menghormati antara satu sama lain.
Baginda bertitah bahawa kepelbagaian bangsa dan agama yang terjalin di negara kita sejak dahulu lagi menunjukkan ia adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dileraikan.
"Pupuklah semangat ini dalam kalangan anak-anak kita agar kedamaian ini kekal pada masa akan datang. Hari raya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya," titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini.
Sultan Mizan bertitah kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dapat mewujudkan kegembiraan sesama keluarga, sahabat handai dan jiran.
Titah baginda, ia bertepatan dengan tujuan hari raya yang Allah S.W.T perintahkan kepada hambanya untuk diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Namun dalam berhari raya dan bersuka ria, Sultan Mizan bertitah supaya rakyat tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di pusat-pusat pemulihan serta kesihatan.
"Ambillah peluang ini untuk menyantuni mereka dan membantu sekadar kemampuan kita agar mereka turut sama merasakan kemeriahan hari raya. Semoga dengan bantuan kita dapat memberi sinar buat mereka untuk kuat berjuang mengharungi kehidupan ini," titah Sultan Mizan sambil mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#Aidilfitri
#toleransi antara kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan