awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raisya Rasyiqah ditemukan selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2024
06:00 MYT
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Laporan berkaitan penemuan Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan, 15, dibuat oleh ibunya pada jam 4.55 petang Khamis. - Gambar/ PDRM
KAJANG: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berkaitan penemuan remaja itu, Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan, 15, dibuat oleh ibunya pada jam 4.55 petang.
"Remaja terbabit dilaporkan ditemui sedang berjalan seorang diri di pekan Beranang sekitar jam 1.15 tengah hari oleh rakan sekolahnya.
"Remaja itu kemudian dibawa ke Balai Polis Beranang sebelum pihak polis menghubungi keluarganya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan remaja perempuan itu hilang selepas kali terakhir dilihat berada di kawasan sebuah sekolah menengah di sini Isnin lalu.
Laporan berkaitan kehilangan anak ketiga daripada empat beradik berkenaan kemudiannya dibuat ahli keluarga remaja itu di Balai Polis Beranang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Raisya Rasyiqah
#remaja hilang
#kanak-kanak hilang
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan