awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Mohamed Affandi mula tugas rasmi sebagai Panglima ATM baharu

Bernama
Bernama
19/12/2016
10:26 MYT
Raja Mohamed Affandi mula tugas rasmi sebagai Panglima ATM baharu
Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memulakan tugas rasminya sebagai Panglima ATM yang baharu. - fotoBERNAMA
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memulakan tugas rasminya sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu hari ini.
Beliau memasuki pejabat Panglima ATM di Wisma Pertahanan di sini pukul 9 pagi sambil diiringi oleh Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Mohamed Affandi yang menggantikan Panglima ATM sebelum ini Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang bersara pada 18 Dis lalu berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan mendahulukan kepentingan ATM daripada kepentingan sendiri dan kepentingan lain.
"Saya akan sedaya upaya menjadikan ATM ke arah yang lebih baik dan meneruskan usaha yang ditinggalkan oleh Panglima ATM sebelum ini yang banyak menyumbang bakti dan jasa kepada ATM," katanya kepada pemberita di pejabat beliau, di sini hari ini.
Sementara itu, Zulkiple yang menggantikan Raja Mohamed Affandi sebagai Panglima Tentera Darat juga memulakan tugas baharu di Pejabat Panglima Tentera Darat di Wisma Pertahanan.
Beliau melahirkan rasa syukur atas kurniaan itu dan akan sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan penuh ikhlas dan dedikasi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#panglima
#Raja Mohamed Affandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan