awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis berangkat ke Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal

Astro AWANI
Astro AWANI
20/03/2026
03:45 MYT
Raja Muda Perlis berangkat ke Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal
Tuanku Syed Faizuddin berangkat menghadiri Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1447H/2026M di Menara Pandang, Masjid Terapung Al‑Hussain, Kuala Perlis, petang semalam. - Gambar ihsan MAIPs
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menghadiri Majlis Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1447H/2026M di Menara Pandang, Masjid Terapung Al‑Hussain, Kuala Perlis, petang semalam.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al‑Haj Jamalullail serta anakanda-anakanda puteri Baginda berdua; Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail turut sama menghadiri majlis berkenaan.
Keberangkatan baginda sekeluarga disambut Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin.
Dalam majlis tersebut, baginda berkenan menyaksikan proses rukyah hilal serta taklimat berkaitan data cerapan yang dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis, LSr Mohd Khairani Md Yusop.
Baginda turut menyaksikan sesi pengesahan Rukyah Hilal Syawal bagi Negeri Perlis untuk tahun 1447 Hijrah.
Penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Institusi Diraja Perlis dalam memartabatkan syiar Islam, khususnya berhubung penentuan awal Syawal yang menjadi lambang kesatuan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Baginda sekeluarga turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih bersama jemaah yang hadir.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026, bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah, seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja‑Raja.
Penetapan itu dibuat berdasarkan cerapan dan pengesahan rukyah hilal yang dijalankan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara, termasuk Menara Pandang, Masjid Terapung Al‑Hussain yang menjadi salah satu tapak cerapan utama di Perlis.
Topic Berkaitan
#anak bulan Syawal
#Hari Raya Aidilfitri
#Cerapan Rukyah Hilal
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan