awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perlumbaan F1 Bahrain, Arab Saudi Dijangka dibatalkan
Trump: Tentera Laut AS dijangka mengiringi kapal tangki di Selat Hormuz "tidak lama lagi"
Konflik Asia Barat: 23 jam redah perjalanan darat, demi keluarga dari zon perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Selangor berkenan terima zakat perniagaan Pintas Utama RM3 juta

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
06:55 MYT
Raja Muda Selangor berkenan terima zakat perniagaan Pintas Utama RM3 juta
Raja Muda Selangor berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta daripada Zainudin pada Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H, di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya pada Ra
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3 juta daripada syarikat korporat, Pintas Utama Sdn Bhd.
Penyerahan itu dibuat pada Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, semalam.
Penyerahan disempurnakan Pengerusi Eksekutif Pintas Utama Sdn Bhd, Tan Sri Zainudin Karjan.
Menurut Zainudin, pembayaran zakat tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab agama selain menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam khususnya di Selangor.
Beliau berkata kejayaan yang dicapai syarikat bukan sekadar hasil usaha dan perancangan, sebaliknya amanah yang perlu dikongsi dengan golongan memerlukan.
"Sebagai umat Islam, haruslah percaya bahawa dalam setiap rezeki yang dikurniakan, terdapat hak mereka yang memerlukan.
"Justeru, pembayaran zakat ini bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama, malah tanggungjawab sosial korporat untuk membantu memperkukuh kesejahteraan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, Pintas Utama akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan memberi manfaat kepada masyarakat.
Zakat berkenaan akan diagihkan kepada golongan asnaf melalui institusi zakat negeri bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka, termasuk dalam aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi.
Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah bersama rakyat.
Topic Berkaitan
#zakat perniagaan
#Pintas Utama
#Ramadan 2026
#Raja Muda Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan