awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Zarif ditegur susulan rencana pandangan mengenai penamatan perang
Samsung tamatkan Samsung Mesej, pengguna beralih ke Google Messages
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Perlis berangkat ke konsert diraja, acara kemuncak sambutan Jubli Perak

Bernama
Bernama
05/04/2026
00:51 MYT
Raja Perlis berangkat ke konsert diraja, acara kemuncak sambutan Jubli Perak
Konsert itu membawa signifikan amat besar yang bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi juga manifestasi rasa syukur dan penghargaan rakyat sepanjang 25 tahun kepimpinan Raja Perlis. - Foto Facebook/Pejabat SUK Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat ke Konsert DiRaja Perlis 2026 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini malam tadi, acara kemuncak sambutan Jubli Perak bersempena dengan 25 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis yang berlangsung dari 17 April tahun lepas hingga 17 April ini.
Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Antara yang turut hadir ialah Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zaliman Sauli serta Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis dalam hantaran melalui Facebook rasmi memaklumkan bahawa konsert itu membawa signifikan amat besar yang bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi juga manifestasi rasa syukur dan penghargaan rakyat sepanjang 25 tahun kepimpinan Raja Perlis yang penuh kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan.
“Konsert berprestij ini telah menampilkan barisan artis ternama tanah air, iaitu Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Amy Search, Liza Hanim, Wany Hasrita, Haziq Rosebi, Aina Abdul, Amir Masdi dan Khai Bahar yang telah menghiburkan hadirin dalam suasana yang penuh gemilang dan berprestij.
“Persembahan ini turut diiringi oleh Orkestra RTM (Radio Televisyen Malaysia) melibatkan sebanyak 32 pemuzik yang dipimpin oleh Hadi Maswardi Mohamed Amin, sekali gus menambahkan lagi nilai artistik serta keindahan muzik sepanjang konsert berlangsung,” menurut hantaran itu.
Pejabat SUK Perlis memaklumkan rakaman konsert itu akan disiarkan menerusi RTM di saluran TV2 pada 9 malam, 11 April nanti, sekali gus memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama menyaksikan kemeriahan sambutan bersejarah itu.
Terdahulu, sebelum konsert bermula, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memasyhurkan Dewan Tuanku Canselor tersebut bersempena dengan sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda.
Dengan keluasan tapak melebihi 38,000 meter persegi serta kapasiti hampir 3,500 orang, dewan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk ruang dewan utama, pentas, bilik kawalan, bilik persalinan, kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta sistem akustik berkualiti tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
#jubli perak
#konsert diraja
#UniMAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan