awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Perlis seru umat Islam bela sunah Rasulullah SAW

Bernama
Bernama
19/06/2022
22:30 MYT
Raja Perlis seru umat Islam bela sunah Rasulullah SAW
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul. - Foto Sinar Harian
KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh umat Islam supaya berganding bahu membela sunah Rasulullah SAW kerana ia wajar diambil berat oleh setiap Muslim.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan menutup program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Majlis penutup itu turut dihadiri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Perlis menjadi benteng utama Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala amalan tahyul, khurafat dan tokok tambah ajaran agama tanpa asas benar yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat.
"Beta ingin tegaskan bahawa negeri Perlis tidak berpegang langsung kepada ajaran 'Wahabi'. Keutamaan kita di Perlis adalah setiap perkara perlu berteraskan al-Quran dan sunah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad para ulama yang muktabar terdiri daripada semua aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak terhad kepada satu-satu tokoh sahaja," titah baginda.
Program Perkampungan Sunnah itu yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas bertemakan 'Bangkit Membela Sunnah' menjadi platform dalam membincangkan topik-topik semasa sebagai usaha pendedahan kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Perlis
#sunah Rasulullah
#perkampungan sunnah
#Wahabi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan