awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan ditemui mati di dalam bilik chalet

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2014
01:29 MYT
Rakan ditemui mati di dalam bilik chalet
...
Hasrat seorang penyelia untuk keluar makan malam tidak kesampaian apabila rakannya ditemui mati di dalam bilik.
Pada Isnin malam, seorang pekerja mengemas bilik ditemui meninggal dunia dalam keadaan terlentang di dalam sebuah bilik chalet di pantai peranginan Rantau Abang, Dungun.
Rosli Mat Rawi, 48 tahun yang berasal dari Rawang, Selangor pada mulanya disangka sedang tidur oleh rakannya yang menginap di bilik bersebelahan kira-kira jam 8 malam.
Penyewa terbabit, Mohd Ar Razak Mohd Zain, 28 tahun, yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan rumah Rimbunan Kasih, menginap di chalet terbabit sejak dua bulan lalu.
Selepas panggilannya tidak dijawab, beliau berasa curiga dan memanjat pintu dan mendapati mangsa terbaring di atas katil.
Beliau kemudiannya mendapatkan bantuan seorang pekerja chalet terbabit untuk membuka pintu bilik mangsa.
Selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, perkara itu dimaklumkan kepada pengurus chalet yang kemudiannya menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian sebelum membawa jenazah mangsa ke bilik forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati tiada perbuatan khianat dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#chalet
#mati mengejut
#Rantau Abang
#Rosli Mat Rawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan