awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat bertanggungjawab hantar anak jalani suntikan vaksin, imunisasi - Majlis Profesor

Media Statement
Media Statement
27/06/2016
06:45 MYT
Rakyat bertanggungjawab hantar anak jalani suntikan vaksin, imunisasi - Majlis Profesor
MPN berpendapat penyakit seperti jangkitan kuman Difteria dan Tuberkolosis boleh merebak dan menjangkiti seseorang yang tidak menjalani perkhidmatan suntikan vaksin atau imunisasi dengan sempurna. - Gambar Hiasan
KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PROFESOR NEGARA ISU SUNTIKAN VAKSIN (IMUNISASI)
1. Majlis Profesor Negara (MPN) menyokong sepenuhnya pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai keperluan dan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menghantar anak-anak atau tanggungan bagi menjalani perkhidmatan suntikan vaksin atau imunisasi yang disediakan secara percuma oleh KKM.
2. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana Kerajaan Malaysia sangat mengambil berat tentang kesihatan rakyatnya. Dasar suntikan vaksin atau imunisasi yang dibentuk telah mengambil kira faktor rentang pesakit kepada penyakit tersebut. Daya imunisasi pesakit, kemampuan pesakit untuk menerima ubatan dan keadaan kesihatan mereka di masa hadapan.
3. Penyakit seperti jangkitan kuman Difteria dan kuman Tuberkolosis (batuk kering) boleh merebak dan menjangkiti seseorang yang tidak menjalani perkhidmatan suntikan vaksin atau imunisasi dengan sempurna. Secara amnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.efatwa.gov.my).
4. MPN menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menggunakan kepakaran dalam negara dari segi promosi kesihatan, kemudahan kesihatan bertaraf dunia dan kesediaan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membincangkan dan mengkaji penggunaan vaksin kepada orang Islam. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu yakin dengan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan mesti bersama-sama menggalakkan anak-anak kita untuk menerima perkhidmatan suntikan vaksin atau imunisasi. Kelalaian kita dalam hal sebegini penting akan mengakibatkan anak-anak kita menghadapi masalah kesihatan yang merbahaya di masa hadapan. Langkah pencegahan awal yang kita ambil sebaiknya akan menyelamatkan mereka.
5. Berdasarkan pandangan global, walaupun terdapat segelintir pejuang kemanusiaan yang merujuk kepada kes-kes penyakit yang berlaku kepada pesakit selepas mendapat suntikan vaksin atau imunisasi, ia sebenarnya merupakan kes yang terpencil. Malahan ia juga mungkin disebabkan oleh penyakit yang sedia ada pada pesakit dan bukannya disebabkan oleh suntikan vaksin atau imunisasi.
Sekian, terima kasih.
Tan Sri Profesor Dr. Mohd Amin Jalaludin Ketua Kluster Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Majlis Profesor Negara
#suntikan vaksin atau imunisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan