awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Johor bakal nikmati satu lagi perkhidmatan bas percuma tahun ini

Bernama
Bernama
16/01/2016
07:51 MYT
Rakyat Johor bakal nikmati satu lagi perkhidmatan bas percuma tahun ini
KHALED: Kerajaan menyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi dan berharap ia mampu meringankan beban. - Gambar Fail
Kerajaan negeri terus mendengar denyut nadi rakyat apabila dijangka melancarkan satu lagi perkhidmatan bas percuma, selewat-lewatnya Mac ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkhidmatan kali ini melibatkan laluan kawasan Iskandar Malaysia namun butiran terperinci mengenainya masih belum dimuktamadkan.
Katanya, kerajaan menyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi dan berharap ia mampu meringankan beban.
"Kami sedang mengkaji laluan dan mekanisme yang digunakan kerana bila kami umum untuk melakukan perkara ini, ada pelbagai pandangan mengatakan, sepatutnya orang asing jangan (diberi) percuma.
"Jadi, kami hendak pastikan ia tidak berlaku dan hanya rakyat Johor dan Malaysia sahaja yang menikmati faedah manakala orang asing perlu membayar sejumlah amaun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2016, di Pasir Gudang, hari ini.
Kerajaan negeri Johor, sebelum ini sudah pun mempunyai perkhidmatan bas percuma namun ia tertakluk kepada kawasan bandar raya Johor Bahru sahaja.
Perkhidmatan bas dengan slogan 'JB Dihatiku' itu dilancarkan pada Julai 2014 dan beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-Jb Sentral-Majlis Bandaraya Johor Baharu-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.
Mengenai bantuan subsidi itu, Mohamed Khaled berkata program itu julung kali diadakan hasil inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan Umno Pasir Gudang dalam membantu golongan berpendapatan rendah.
Katanya, melalui bantuan itu sebahagian kos bayaran pengangkutan yang ditanggung ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah, akan dibiayai YPG dan Umno Pasir Gudang.
"Kami tahu bayaran pengangkutan adalah antara perkara rumit yang dihadapi ibu bapa. Jadi, kami menyediakan sejumlah RM180,000 kepada 800 pelajar dari lebih 500 keluarga bermula Februari hingga Disember ini bagi meringankan beban mereka," kata Mohamed Khaled yang juga Pengerusi YPG.
Topic Berkaitan
#JB Dihatiku
#Johor
#Johor Bahru
#Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan